Pages

Saturday, December 26, 2009

Nasihat Al-Ghazali ; Renungan bersama.

Hari ni selepas membelek-belek blog dan berita, terjumpa satu blog, ada pengisian didalamnya, jd aku ambil untuk kongsikan bersama sahabat-sahabiah di sana... Renung-renungkanlah...

. . . . .

Wahai anak! Nasihat itu mudah, yang sulit adalah menerimanya; kerana terasa pahit oleh hawa nafsu yang menyukai segala yang terlarang. Terutama di kalangan penuntut ilmu yang membuang- buang waktu dalam mencari kebesaran diri dan kemegahan duniawi. Ia mengira bahwa di dalam ilmu tak bersari itulah terkandung keselamatan dan ke bahagiaan, dan ia menyangka tak perlu beramal. Inilah kepercayaan filsuf-filsuf. Ia tidak tahu bahwa ketika telah ada pada seseorang itu ilmu, maka apa yang memberatkannya, seperti disabdakan Rasulullah saw, "Orang yang berat menanggung siksa di hari kiamat ialah orang yang berilmu namun tidak mendapat manfaat dari ilmunya itu.

"Wahai anak! Janganlah engkau hidup dengan kemiskinan amal dan kehilangan kemahuan kerja. Yakinlah bahwa ilmu tanpa amal semata-mata tidak akan menyelamatkan orang. Jika di suatu medan pertempuran ada seseorang yang gagah berani dengan persenjataan lengkap dihadapkan dengan seekor singa yang galak, dapatkah senjatanya melindunginya dari bahaya, jika tidak diangkat, dipukulkan, dan ditikamkan? Tentu saja tidak akan menolong, kecuali jika diangkat, dipukulkan, dan ditikamkan! Demikian pula, jika seseorang membaca dan mempelajari seratus ribu masalah ilmiah, jika tidak diamalkan maka tidaklah akan mendatangkan faedah."

"Wahai anak! Berapa malam engkau berjaga untuk mengulang-ulang ilmumu, membaca buku, dan engkau haramkan tidur atas dirimu. Aku tidak tahu, apakah yang sebenarnya menjadi pendorongmu. Jika yang menjadi pendorongmu adalah kehendak mencari material dan kesenangan dunia, atau mengejar pangkat atau mencari kelebihan atas kawan-kawan semata, maka malanglah engkau. Namun jika yang mendorongmu adalah keinginan untuk menghidupkan syariat Rasulullah saw, dan menyucikan budi pekertimu, dan menundukkan nafsu yang tiada henti mengajak kepada kejahatan, maka mujurlah engkau."

Benar sekali kata seorang penyair, "Biarpun mengantuk itu menyiksa mata, ia akan sia-sia jika tidak kerana Allah semata-mata. " Wahai anak! Hiduplah sebagaimana mahumu, namun ingat! Bahawasanya engkau akan mati. Dan cintailah siapa yang engkau sukai, namun ingat! Engkau akan berpisah dengannya. Dan berbuatlah seperti yang kau kehendaki, namun ingat! Engkau akan menerima balasannya nanti.

. . . . .

Jadi, moga anda semua dapat manfaat dari kalam Imam Al-Ghazali Rahimahullah.. Khas buat Azhari dan Azhariah di Universiti Al-Azhar Mesir dan mungkin ianya juga sebagai kalam tasyji'at kepada kita untuk menghadapi musim peperiksaan ini...
Wallahua'lam..

Siiru ala barakatillah..

[sumber
]

Monday, December 14, 2009

Fatrah Imtihan..

Alhamdulillah, akhirnya dapatlah aku kembali menulis dalam nih..

Rasanya dah lama tak mengarOt kat sini sejak posting yang lepas time Ramadhan dulu... Macam-macam perkara yang berlaku, dan pelbagai rintangan dilalui, tapi semua tu ujian Allah untuk hambanya... So kena sabar lah kan.. Sekarang nie pulak dah nak dekat imtihan fasl awal (sem1), so kena kuatkan usaha, xleh nak "men2 tenet" je selalu..hehe.. Jadi maybe posting kali ni untuk jari-jemari ni melepaskan geramnye je kot.. Insyaallah akan di-upgrade- semula satu masa nanti...
Doakan kejayaan kami para pencari ilmu dalam peperiksaan!

Allahumma Najjihna Fil Imtihan Mumtazan Mumtazan Mumtazan...

Aamiiin...



Thursday, September 3, 2009

14 Ramadhan 1430H

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK....
SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA & MENDAPAT KEBERKATAN DARI-NYA......

PESANAN UNTUK SEMUA :

JANGAN CURI2

JANGAN KERJA

JANGAN BUAT

JANGAN ASYIK

JANGAN ASYIK ...BANYAK2 LA BERSABAR......

MESTILAH SENTIASA
.........


AKHIR KATA..

SALAM SAYANG, SALAM RAMADHAN, DAN SALAM PERANTAUAN UNTUK SEMUA!!

Friday, August 28, 2009

Ramadhan Kareem..

ASSALAMUALAIKUM...


Kepada semua yang berkunjung ke sini.... Terima kasih atas kunjungan anda...

Di kesempatan ini juga saya nak mohon ampun maaf pada semua...andainye ada salah silap terkasar bahasa selama perkenalan kita...
Kat atas ni ada kad raya...erm tapi untuk sape ek???

Ha mestilah untuk keluarga yang dicintai....ni saya buat khas untuk mereka...moga2 terubat la sikit hati ni kan..maklumlah bila dah berjauhan dengan keluarga...isk sedih la pulak....

Ok la xde pe dah nak gtau...cuma nak letak kad raya ni je...hehe..

Ala kulli hal, insyaAllah semuanya berada dalam keadaan baik2 je...

SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA!!

Saturday, March 7, 2009

KISAH BENAR!!

> Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

> Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

> Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

> Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

> Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

> Dia pun tanya perogol itu
> “Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”

> Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

> Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

> MORAL CERITA INI:
> Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
> Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab…selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ‘iman’ kita sekarang ini. Wassalam.
> Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.] Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan..Renungkanlah..

Monday, March 2, 2009

Time To Pray....=)

Sahabat2 ku...

Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:

1) Semasa Lailatul-Qadar.
2) Ketika hujan turun.
3) Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
4) Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
5) Di tengah malam.
6) Di antara azan dan iqamah.
7) Ketika sujud dalam solat.
8) Ketika iktidal akhir dalam solat.
9) Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
10) Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
11) Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
12) Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

Wallahualam..

Saturday, February 7, 2009

Web yg membantu....

Jom Belajar Faraidh...
[KLIK]

laman web belajar bahasa arab untuk tahap2 rendah...
[KLIK]

laman web untuk perkara2 yg berkaitan sastera & cara memantapkan pembacaan dlm lughah al-quran....
[KLIK]

laman web Dr Yusof Qaradawi....
[KLIK]

laman web untuk design @ greeting Islamic...
[KLIK]

dan banyak lg laman2 menarik yg boleh anda kunjungi....
Selamat Belajar!!

Tuesday, January 20, 2009

Alhamdulillah........

Hmm.... Lega rasanya diri ini sebab da abis peperangan fasl awwal nie....
Pertamanye nak sedekah Al-Fatihah kepada sume pejuang2 di Palestin...
Lama juga rasanya tak sentuh komputer sejak musim pekse haritu...
Erm nampaknye pekse kat cni bukan macam pekse kat Malaysia....
Ana teringat pesan Ustaz Ariff......

=> Arab nie pakai konsep ISA...Ikut Suka Arab...

Huhu...kadang tergelak gak kenang kisah2 lama....
erm....rasanya sampai sini dulu coretan untuk kali nie....
ada byk kerje nak wat pas nie... (biaselah dah abis pekse nie..)
hehe...k...
ma as salamah kulluhum jamian...
smile on peace...!

Friday, January 9, 2009

untuk renungan semua....

Untuk perhatian sahabat semua....gambar2 kekejaman tentera israel terhadap saudara2 kita di palestin....klik di [sini]

UNTUK PERHATIAN SEMUA UMAT ISLAM....!!!



Masya-Allah...!! Inilah gambaran bila lambang sebuah syarikat minuman popular (coca-cola) diterbalikkan.... Jadi, beringatlah pada semua umat islam..... Boikotlah barangan Israel selagi kita mampu.... DAMN ALL OF YOU ISRAEL...!!!!!