Salam 1 ukhuwah Islamiah dan alhamdulillah dapat kembali
menconteng di pagi Ahad yang hening ini. Moga kita sentiasa berada dibawah lembayung rahmat Allah. Hari ini nak bawa kisah
seorang sahabat yang saya kenali peramah, pemurah, berketrampilan tinggi, sopan santun dan senang diajak berbual, tapi apakan daya Allah lebih menyayangi beliau.
Tepat jam 10.15 malam (waktu mesir) - 2 Januari 2010
bersamaan 4.15 pagi (waktu malaysia) - 3 Januari 2010
beliau telah kembali menghadap Ilahi.
Ajal dan maut dibawah kekuasaan Allah, kita selaku hambanya hanya berdoa dan mengharap agar diberikan
husnul khatimah apabila sampai masanya, Aamiin Ya Rabb..
Tiba-tiba terkenang kembali tentang allahyarham, saat pertama kali berjumpa di bumi Kinanah ni, beliau cukup ramah. Lebih-lebih lagi beliau ditaklifkan sebagai
naqib saya dalam Hari Pengetahuan & Silaturrahim masa baru tiba di sana. Alhamdulillah, boleh dikatakan orangnya cukup banyak idea dan pandai mengolah isu. :)
Kemudian saya mula berjinak-jinak dengan aplikasi komputer, itupun berkat tunjuk ajar beliau dan paksaan dari Ust Mohd Zaki (^_^), juga berkenaan dengan aplikasi Adobe Photoshop yang tak pernah saya kenal kat Malaysia dulu. Beliau juga adalah
admin bagi
blog aljauhar. Jadi, ada la sikit sebanyak saya mengambil ilmunya dalam blog-berblog dan searching2 software@gadget menarik. Lagi satu, beliau cukup terkenal dengan kemahiran berkomputer, cakap je aplikasi apa, mesti dia tahu dan boleh diceritakan tentang aplikasi tu samada bagus ke menarik ke dan sebagainya.
Alhamdulillah, moga-moga ilmu beliau yang ada pada saya, dan pada sahabat-sahabat yang lain, boleh dimanfaatkan. Kerana hanya itulah antara aset yang membantunya 'di sana' kelak.
Ya Allah, kau tempatkanlah sahabatku bersama para syuhada dan solihin. Moga roh beliau tenang dan aman serta mendapat balasan yang baik berkat dari ilmu-ilmu beliau yang telah dicurahkan selama ini kepadaku. Aamiin ya Rabbal Alamin..الفاتحة